Istana dan sukma
Terpukau ku bukan kagum
Namun mencari tarikat
Indah gagal memukau
Tapi amanah mengadai keindahan
Segala warna menconteng langit
Lalu terasing bumi dari samawi
Namun mencari tarikat
Indah gagal memukau
Tapi amanah mengadai keindahan
Segala warna menconteng langit
Lalu terasing bumi dari samawi
Istana dan sukma
Telah lama terpisah
Tenyata tangan ku kerdil
Untuk menyentuh mahkota
Pasti didalam singah sana
Potret gagal merakam makna
Lantaran Syariat lebih berharga
Pada perjalanan dihujung usia
Telah lama terpisah
Tenyata tangan ku kerdil
Untuk menyentuh mahkota
Pasti didalam singah sana
Potret gagal merakam makna
Lantaran Syariat lebih berharga
Pada perjalanan dihujung usia
Sukma ku kalis dehaga
Kerana air rohani mengalir
Menghanyutkan angan angan
Lalu mendarat diistana samawi
Pasir pasir berzikir Illahi
Menghadirkan Jabariyat makrifat
Lalu hakikat mewarani hayat
Antara aku ,Istana dan sukma.
Kerana air rohani mengalir
Menghanyutkan angan angan
Lalu mendarat diistana samawi
Pasir pasir berzikir Illahi
Menghadirkan Jabariyat makrifat
Lalu hakikat mewarani hayat
Antara aku ,Istana dan sukma.
Terbujur lalu melintang patah
Hayat dan jasad meningkah madah
Kususur makna syariat sampai Hakikat
Dari para wali hingga Para Anbiya
Sirat menjadi wujud yang singkat
Dalam melewati keramat sejagat.
Hayat dan jasad meningkah madah
Kususur makna syariat sampai Hakikat
Dari para wali hingga Para Anbiya
Sirat menjadi wujud yang singkat
Dalam melewati keramat sejagat.
Pena Cahaya Minda kembara. 01,february,2018

No comments:
Post a Comment