Tuesday, February 19, 2019



Gadailah Dendam
Mentari telah berlalu pergi
Meninggalkan pagi jadi senja
Bayangan ditasik pun sirna
Tidak meninggalkan jejak
Walau cuma bayangan
Ketika aku kembali ketasik ini
Gelombang dikulit air
Menyapa sukma dan menilai fakta
Tentang sebuah hikayat
Siang tidak selalu cerah
Malam tidak selalu kalam
Walau purnama beradu diranjang
Kejora dipetik awan
Lumrah hayat datang dan pergi
Hanya meninggalkan kenangan
Buat tetapan masa mendatang
Begitulah ketika ini
Panji panji berkibar
Warna warni membakar
Janji janji tersebar
Hilangkah pahit timbulkah manis
Terubatkah luka disudut sukma
Hilang dendam lama 
Tercipta murka semasa
Musuh jadi kawan
Kawan dicincang hancur
Kehendak hati mesti menang
Lawan biar kecundang
Seperti hikayat Malim Kundang
Atau cerita rakyat siTenggang
Oh Malaysia ku
Milik siapa nanti
Kalau kesumat dendam
Kian hangat direndam
Mana hilang semangat Hang Tuah
Tetap setia mengadai maruah
Ayuh pulanglah berdamai
Bersaing tapi beradab
Bertanding tetap bermaruah
Baru Melayu tak hilang dialam.
Nukilan Pena Cahaya Minda. 17,April,2018

Image may contain: sky, twilight, cloud, outdoor and nature

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...