Wednesday, February 27, 2019

Bumi dan langit menangis lagi

Bumi dan langit menangis lagi.
Dengan apa ku usir kesedihan
Bila bumi dan langit menangis
Entah apa yang menyapa rasa
Pada Negeri tercinta itu
Ku titip waris dan pusaka
Kerana takdir ini terlalu berharga
Buat kami menempah kerinduan
Yang pasti tidak akan berakhir.
Saat usia semakin renta
Cinta ku pada tugas melangit
Walau kelemahan kian ku mengerti
Disetiap celah dan sudut
Kian jelasku terpamer
Tidak ada ruang buat ku terlena
Apa lagi mimpi diranjang siang
Aku hanya berpaut pada tali langit
Yang turun dari Semawi
Biarlah Syariat membelit jasad
Biar tarikat merantai nafsu
Agar Makrifat membimbing perjalanan
Lalu melepasi hijab Hakikat
Dan Quat Qudsiah bukan hampa
Ditampi angin
Istighfar rantailah nafas ku
Hingga jasad terhindar sesat
Zikir sangkarlah langkah ku
Hingga dilangit tidak kecundang
Tasbih kuncilah kalbu ku
Hingga ego tidak bertempat
Tahmid naungilah tingkah ku
Hingga sombong tidak berhayat.
Nukilan Cahaya Minda @1,june,2018

Image may contain: sky and airplane

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...