Tuesday, February 19, 2019



Usang bernilai emas
Perjalanan kian panjang
Langkah bertambah lemah
Ingatan bersahabat alpa
Angan angan membelah semudera
Keinginan mendaki Nabalu
Namun hanya bermimpi ngeri
Renunglah alam mendung
Menyinari suluh hayat
Menzahirkan kuasa insan
Yang merasa perkasa
Mencipta tamadun sejarah
Dan melumatkan igawan
Setiap insan yang dinobat repuh
Lihat kuntum kuntum usang
Ranap walau bernilai emas
Tergadai dirimba zaman 
Laksana prajurit malang
Dihukum dengan perpisahan
Oleh raja kehilangan kalbu
Usang bernilai emas
Nyata tidak dihargai
Walau dunia telah digadai
Bagai haiwan disembelih
Kulit siat daging dihiris
Namun tiada yang memahami.
Pena Cahaya Minda. 25.Disember.2017

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...