Tuesday, February 19, 2019



Kasih Sayang
Tidak ada haiwan dialam insan
Walau baru lahir sedetik lalu
Mengabadikan kasih dan sayang
Bukan kepastian tapi kenyataan
Dimana pangkal dimana hujung
Padang ragut menjadi saksi
Hidup warga sehijau rumput
Ramai orang dialam haiwan
Memburu silap disetiap celah
Kasih dan sayang rela dicegah
Akibat murka memerintah sukma
Akhirnya setiap sudut terisi luka
Lalu kalbu menangung rasa
Seakan tiada izin menpah lemah
Bukan salah bersatu alam
Berkungsi kasih dan sayang
Antara insan dan haiwan
Lantaran aras sesama makhlok
Pasti mengundang rahmat Illahi
Berbanding kesumat sesama insan
Menempah murka diambang hayat
Usirlah benci bergubang dihati
Apalagi sebaris panji
Bukan mengharaf agar dipuji
Bagaiman berdamai dengan Illahi
Bila damai sesama manusia
Tidak pernah bersemai dihati.
Pena Cahaya minda. 09,may,2018

Image may contain: grass, plant, outdoor and nature

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...