Wednesday, February 27, 2019

Ramadhan dan Kerinduan

Ramadhan dan Kerinduan
Dengan siapa aku bersaksi
Kerinduan sebelas purnama
Kian menghampiri perjalanan
Mubarak serasa baru semalam
Bermesra diulit amal soleh
Teranum gurindam malam
Terawih penawar rindu
Segalanya berada dihujung perjalanan
Andai Ramadhan ini milik ku
Pasti ku kurung disangkar emas
Tiap bingkai kusalut permata
Namun apakan daya tidak berdaya
Lantaran Ramadhan cuma dipinjamkan
Dari alam Samawi
Hadirnya setahun sebulan cuma
Ramadhan Mubarak
Di penghujung kunjungan mu ini
Izinkan aku mendakap erat
Kasih berkah dengan cinta abadi
Di ambang lahir jasad ini
Jestru diabadikan nama ini
Berpangkalkan dari Ramadhan
Andai jasad telah berpulang nanti
Pasti nama tercatat dibatu nisan.
Aduhai Insan terkasih
Kita tidak kalis neraka
Kerana neraka itu pasti
Kita mungkin kalis Syurgawi
Andai hidup dibuai lalai
Berangan menjadi kaya raya besar
Punya rumah kereta dan pangkat besar
Namun ketika kita pulang
Hanya berbekal penyesalan maha besar.

Nukilan Pena Cahaya Minda @10,june,2018

Image may contain: sky

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...