Thursday, April 9, 2020

Banjir dan Hujan Tidak Berpisah

Langit dicipta pada awal kejadian
Wujud bermakna buat setiap hayat
Disana tersimpan rahasia Alam
Awan menumpang semenjak semula
Air terhimpun tanpa danau
Ketika perintah dititah
Pasti turun tanpa bantahan
Itulah tanda itaat hujan
Bumi bukan semula jadi
Dari dataran hingga ke gunung
Tiada yang sepi dari titisan hujan
Bukan sesekali banjir dihidang
Tiada tangan kuat menghalang
Walau ilmu setinggi awan
Itu cuma tinggal angan angan
Lihat pada jalan raya terbentang
Arus deras gelombang air
Yang salah guna akan hanyut tenggelam
Itulah wujud setiap jalan
Seibarat sungai yang siap menelan mangsa
Aduhai insan!
Hanya yang berpaut pada tali Illahi
Lalu mencari Wujud Hakiki
Pasti najat adalah miliknya abadi.

Nukilan Pena Cahaya Minda 
10 Disember 2019
Imej mungkin mengandungi: langit, awan, pokok, luaran, alam dan air

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...