Thursday, April 9, 2020

Dewasanya Penuh Makna

Dalam menatah hayat yang tersisa ini
Siaplah kita kalau tak punya naluri
Buat berkongsi rasa cinta dan Kasih
Walau alam jauh berbeza
Manusia selalu di alam haiwan
Tapi jarang haiwan di alam insan
Cuma setahun sekali dakapnya
Kurasa mengoncang lelangit alam ku
Tapi terlalu sedikit insan yang mengerti
Deria kasih haiwannya seakan berubah
Mampu menjawab setiap soalan
Walau kalimatnya asing di alam insan
Makna yang tersirat tidak berhijab
Aku mengerti setiap ungkapan itu
Ia merasakan sebahagian dari keluarga
Renungan jauh dan mendalam
Pelukannya erat seakan mendakap sedekad
Lantaran kerinduan terkurung disangkar masa
Selamat tinggal Gojee
DiNegeri tumpah darah ku
Kutitip wujudmu bersama kerinduan
Hitunglah detik perpishan ini
Yang menghargai rasa kita
Hanya yang menghayati kasih
Ramai insan yang mengaku insan
Namun mereka kehilangan deria rasa
Moga dewasa mu penuh makna
Dan aku melewati masa tua
Bersaing dengan kerinduan memanjang.

Nukilan Pena Cahaya Minda
13 Disember 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, kucing dan dalaman

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...