Thursday, April 9, 2020

CVD Abad Dua puluh satu


Lihatlah pintu pagar
Telah lama terbuka
Bukan untuk kau masuk
Tapi keluarlah dengan damai
Jangan rampas milik kami
Kembalilah dari mana asal mu
Andai perlu wujud
Berwujudlah dengan itaat.
Aduhai para Insan dan pejuang
Kamu tidak mampu merampas nyawa
Dari malaikat maut
Hentikan ungkapan sebegitu
Kerana para malaikat
Hadir dengan perintah
CVD Abad ini
Datang seketika cuma
Jangan sarungkan jubah Allah
Pada manusia yang lemah
Atau makhluk yang kalis mata
Ayuh teruslah berjuang
Tapi bukan menentang utusan
Bersatulah dibawah panji hakiki
Dibawah ukwah persaudaraan
Yang telah terabai
Bangsa bukan kayu pengukur
Rasis wajib dilebur
Corona datang agar mengenal diri
Sebelum mengenal Pencipta Hakiki.

Nukilan Pena Cahaya Minda 
5 April 2020

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...