Thursday, April 9, 2020

Perhitungan Masa




Hayat ini ada perjuangan
Menggadai masa yang kita miliki
Seibarat batu meniti dibuih
Agar tidak tenggelam
Walau gelombang badai
Mengganas didasar samudera
Anak anak ombak
Pasrah diusir kepantai
Akan kuharungi samudera luas
Walau pun tidak bertepi
Aku tidak akan mengalah
Pada gelombang sang ombak
Pada sang bayu kencang
Pada arus khalis kesihan
Lantaran keyakinan mengalah awan
Pada kudrat Maha Agung
Pasti tidak ada yang mampu
Menghalang takdir dibalik tabir
Perjalanan hayat masih jauh
Masa kian berkurang
Aku mencari mencari hala tuju
Penuh ranjau dan berliku
Tidak kelihatan panduan dijalan lain
Sesekali mata kupejam buta
Langkah meraba batu bara
Ah aku pasti laluan ini
Disulam itaat pada Allah dan Rasul
Diselimuti takwa dan amal soleh
Biarlah orang orang dunia
Meninggalkan aku seribu langkah
Aku akan istikamah dan tawakal
Dijalan Tauhid Agung Illahi.

Nukilan Pena Cahaya Minda 
2 Disember 2019

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri, lautan, langit, awan, luaran, air dan alam

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...