Thursday, April 9, 2020

Perjalanan Tertangguh

Perjalanan terancang berdekad
Dalam gelombang kehidupan iman
Badai taufan dunia bukan halangan
Reranjau itu telah lama musnah
Kerana tekad dan nekad
Orang orang di awan dunia
Tidak pernah mengerti
Untuk apa mereka menggadai masa
Agar boleh duduk bersimpuh
Dalam ketenangan yang di damba.
Namun anjakan paradigma masa
Melantun diulit sepi malam
Ketika mereka sudah bergerak
Meninggalkan bumi pertiwi
Lalu angin kencang bertiup
Membawa berita dari benua
Perjalanan wajib ditangguh
Demi mentaati Khalifat waktu
Terimalah hakikat takdir itu
Pasti ada hikmah dibalik hijab
Yang tersimpan erat.
Pada yang terpadaya dibuai ombak
Pasrahlah dibawah gerbang takwa
Ombak dan badai dunia kerdil
Jika akhirat kamu jadikan ibadah
Menangislah tinggalkan ketawa
Moga tangismu dilayan dilangit
Kelak kamu merasakan hujan salji
Pasti buahnya bukan kepayang
Sungai yang kamu harungi bukan air biasa
Tapi sungai samawi
Buihnya adalah permata
Yang tidak dilihat oleh orang yang buta.
Perjalanan kamu bukan ternoktah
Bukan juga berada dipersimpangan
Bukan gentar ancaman manusia
Apa lagi takut tergadai hayat
Kerana pasti kamu mengenal hakikat
Perjalan cuma tertangguh seketika
Takdir cuma merubah kadar
Agar langkah kamu lebih jauh
Pengalaman bertambah luas
Dan itaat bertambah kukuh.

Nukilan Pena cahaya Minda
24 Disember 2019
Imej mungkin mengandungi: awan, langit, alam dan luaran

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...