Thursday, April 9, 2020

Perjalanan

Kusut bukan kerana kemelut
Risau bukan akibat pangkat
Resah bukan lantaran tanggungjawab
Tapi panggilan perlu ku canang
Ayuh ramai ramai masuk di shaf ini
Baru kita berjuang bersama sama
Dalam satu ikrar sunnah
Demi membela perjuangan negara
Baru seiring ucapan dan amalan
Dibawah talian sunah Beginda SAW.
Jangan cemarkan perjalanan
Diatas ada langit yang tidak selalu cerah
Disana ada mentari memerintah
Namun ketika malam ia berundur
Kucari jawaban tercoret jelas
CVD sembilan belas masih berjuang
Andai sihat jasad anugerah
Dia pergi melambaikan isyarat
Dimana jiwa meronta
Pasti terjerat sebagai mangsa.
.....

Nukilan Pena cahaya Minda
31 March 2020
Imej mungkin mengandungi: kapal terbang

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...