Thursday, April 9, 2020

Ratapan Kembara Zaman Corona

Kaki Renta ku ini belum lelah
Aku akan terus melangkah
Sampai ke hujung Alam
Itulah tekad selagi nadi berdenyut
Andai rebah dirantau orang
Aku akan pulang merangkak
Pasti ditangan ku genggam piala
Kemenangan seorang pejuang
Yang tidak pernah menyerah
Setiap inci bumi kupijak
Terpahat kalimat doa keramat
Akan terus mengalir dibumi
Selama hujan berujud
Hayat waris keturunan ku
Akan damai berpayung salju
Kerana itu dakapan doa si tua Renta
Beralas hiba dan air mata
Kini diaras Virus Corona
Aku berjuang menganyam tali
Agar kencang terpaut
Dimakam Mahmuda hakiki
Ketika Negara lemah longlai
Dari benua ke benua
Mengharap simpati memanjang
Mencari penawar yang ghaib
Entah disamudera mana tenggelam.

Nukilan Pena cahaya Minda 
5 April 2020

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...