Thursday, April 9, 2020

Melangkah Selangkah



Cuma singgah melangkah
Berwarna warni bumi ini
Kasih mengalir bersilaturrahim
Kita diikat persaudaraan
Tidak terasa asing
Sunnah Rasul zahir
Tanpa paksaan Sukma
Namun mendakap kalbu
Badai berebut laluan
Empat roda bergelut
Ditimang tolak ansur
Dipapah simpati berhenti
Berkongsi tidak dinafi
Pembenci merasa cinta
Simpati menghalang sunah
Kenapa mereka dicaci
Walhal hati penuh kasih.
Cinta yang sukar dinilai.
Andai Kita berhayat
Dizaman beginda Nabi
Mampukah kita berbaris
Menunggu giliran syahid
Yang diimpi setiap wujud
Atau berselindung dibalik
Palsunya sunah dicanang
Wal mengisi saku cuma
Ngeri aku memandang sepi
Kerana hati mereka
Disekam bahang api.

Nukilan Pena Cahaya Minda.
16 February 2020
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...