Thursday, April 9, 2020

Mentari Menyinari Hayatku

Aku tidak sendiri diperjuangan ini
Sang suria pagi mengiringi setiap langkah
Sesakali langkah kaku dan sumbang
Aku melihat di penzahiran bayang bayang
Teguran sang bayu menafaatnya melangit
Sehingga sebatang jarum dikolam
Kelihatan sinar cahayanya diawan
Penat lelah telah lama khalis
Haus dan lapar diusir seketika
Lantaran perjalanan ini masih jauh
Biarlah meneguk air liur dari lidah
Kerongkongan tidak akan pernah mengeluh
Itulah perjalanan Maha indah
Dalam layar sebuah hayat
Nanti terhampar ketika aku sirna
Tapi bukan itu mahu ku.
Detik dan waktu bersahabat setia
Bayang bayang wujud lemah ini
Sering menyelusup disempadan itu
Ku hitung peristiwa penting di perjalanan
Jari kelingking pun belum sebaya
Angka satu pun enggan iktiraf
Isyarat petualang wajib dihalang
Agar ketika nafas ternoktah
Nadi masih berdenyut
Menyesali masa dan mentari
Yang sering merakam kegagalan.

Nukilan Pena Cahaya Minda 
26 Januari 2020

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...