Thursday, April 9, 2020

Diam Si Takbur

Siapakah dan dari mana hadir mu cvd 19
Wujud bukan abstrak tapi nyata
Gagah mu tidak berjasad
Namun siapa saja kau pinjam
Akan kecundang tidak bermaya
Ramai telah kau hantar pulang
Yang sombong takbur kini bisu
Tiada lagi laungan bongkak
Hilang sirna pahlawan dunia
Kerana setiap gerak dan ucapan
Pasti tidak asing baginya
Engkau seakan perjurit Langit


Nukilan Pena cahaya Minda 
24 March 2020

No comments:

Post a Comment

  Renungan 2020. Tidak jauh terlemper pandangan Lantaran tersekat didrmaga detik Namun fikiran dan zikir Merawang dikaki Langit Samawi Maha ...