Kau telah menjajah dunia
Gagah mu digeruni manusia
Yang memusuhi pardah
Lupa permusuhan lampau
Yang melupakan Masjid
Dibiarkan terlupa seketika
Seakan kau putuskan persahabatan
Tiap rumah tertutup
Buat para tetamu
Lingkaran rantai panjang
Tersambung dari China ke Eropah
Kini kau menjajah dengan paksa
Gagah mu digeruni manusia
Yang memusuhi pardah
Lupa permusuhan lampau
Yang melupakan Masjid
Dibiarkan terlupa seketika
Seakan kau putuskan persahabatan
Tiap rumah tertutup
Buat para tetamu
Lingkaran rantai panjang
Tersambung dari China ke Eropah
Kini kau menjajah dengan paksa
Kalau kau seperti angin
Pasti malu mu cepat terpamer
Bersegera meletakkan takhta
Adalah lambang itaat
Andai perintah itu dari Langit
Kami setia menunggu mu pergi
Seabad kemudian jadi memory
Yang terpahat dikaki bumi
Dibaca dengan linangan air mata
Kerana dunia senyap
Tapi jalan jalan Hijrah
Ke alam abadi jadi sibuk.
Pasti malu mu cepat terpamer
Bersegera meletakkan takhta
Adalah lambang itaat
Andai perintah itu dari Langit
Kami setia menunggu mu pergi
Seabad kemudian jadi memory
Yang terpahat dikaki bumi
Dibaca dengan linangan air mata
Kerana dunia senyap
Tapi jalan jalan Hijrah
Ke alam abadi jadi sibuk.
Bangunan megah dialam potret
Seakan tidak bermakna
Mengerikan manusia berlegar
Udara geseran logam
Bekas sentuhan semua bernyawa
Ghaib abstrak namun nyata
Ah dimana kedamaian
Selain bertafakur mensyukuri nikmat
Yang pergi berganti
Ya Illahi Kami semua hamba Mu
Ampuni dan kasihani kami.
Seakan tidak bermakna
Mengerikan manusia berlegar
Udara geseran logam
Bekas sentuhan semua bernyawa
Ghaib abstrak namun nyata
Ah dimana kedamaian
Selain bertafakur mensyukuri nikmat
Yang pergi berganti
Ya Illahi Kami semua hamba Mu
Ampuni dan kasihani kami.
Nukilan Pena cahaya Minda
8 April 2020

No comments:
Post a Comment