Yang tersimpan cuma kenangan
Niat hati nak tawan gunung
Kinabalu ,Tambuyukong dan Namboyukong
Namun reranjau selalu juara
Aku terdampar dipuncak bukau Saujana
Bertafakur merenungi masa silam
Memory masa dipenuhi sesawang hayat
Tali temali masih tersimpul mati
Niat hati nak tawan gunung
Kinabalu ,Tambuyukong dan Namboyukong
Namun reranjau selalu juara
Aku terdampar dipuncak bukau Saujana
Bertafakur merenungi masa silam
Memory masa dipenuhi sesawang hayat
Tali temali masih tersimpul mati
Dikota yang terbilang ini
Aku berusaha membangun kota
Namun wujud ini terlalu kerdil
Tembok angkuh setiap peribadi
Menyatu berpaut ego disudut sukma
Sering motor membedil laluan
Ternyata cuma batu kelikir
Berhemburan di laluan hayat
Nadi ku tidak akan terhenti
Sebelum menara mahkota
Membaca coretan diwarakal Jannah
Dan sepuluh syarat baiat.
Aku berusaha membangun kota
Namun wujud ini terlalu kerdil
Tembok angkuh setiap peribadi
Menyatu berpaut ego disudut sukma
Sering motor membedil laluan
Ternyata cuma batu kelikir
Berhemburan di laluan hayat
Nadi ku tidak akan terhenti
Sebelum menara mahkota
Membaca coretan diwarakal Jannah
Dan sepuluh syarat baiat.
Tafsirlah kekerdilan wujud ini
Aku akui lemahnya jasad
Hari menuju senja mega
Tapi aku punya Khalik Maha Agung
Tidak ada sesiapa layak
Mengubah takdir dibalik tabir
Langit itu telah lama berwarna
Belum ada makhluk mampu
Menahan hujan rahmat
Yang turun atas perintahNya.
Aku akui lemahnya jasad
Hari menuju senja mega
Tapi aku punya Khalik Maha Agung
Tidak ada sesiapa layak
Mengubah takdir dibalik tabir
Langit itu telah lama berwarna
Belum ada makhluk mampu
Menahan hujan rahmat
Yang turun atas perintahNya.
Nukilan Pena Cahaya Minda
27 disember 2019

No comments:
Post a Comment